BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tuesday, February 22, 2011

CoNtOhI PeNgOrBaNaN RaSuLuLLaH S.A.W


Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. Tetapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia…” Demikianlah bait-bait puitis yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan pasangannya Zaiton dalam filem Hang Tuah suatu masa dahulu. Kedengarannya amat mudah. Namun, hakikatnya hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.
Allah menjadikan setiap ciptaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah juga keadaannya dalam rumah tangga. Isteri menjadi pelengkap suami, sementara suami pula menjadi pelengkap isteri. Justeru, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa ‘pengorbanan’ itu perlu dilakukan bagi memastikan keluarga yang dibina lengkap, ataupun setidaktidaknya berada dalam keadaan sejahtera.

Namun sayangnya, ramai yang lebih bersedia untuk berkorban ketika bercinta berbanding sesudah bergelar suami isteri. Bukankah itu merugikan kerana kita berkorban untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Sedangkan secara realitinya berkorban untuk sesuatu yang sememangnya sudah kita miliki adalah jauh lebih berbaloi.
Barangkali ramai yang kurang menger ti konsep pengorbanan yang sebenar. Apabila kita berkorban, ia perlu dibuat dengan ikhlas. Dan sudah tentu tidak harus wujud unsur paksaan  di situ. Jika keikhlasan yang mengiringi setiap perlakuan kita, maka secara automatik tidak akan timbul rasa terbeban atau dibebankan. Malah, sebagai individu yang beriman hanya kepada Allah, kita juga perlu sedar, ganjaran terhadap pengorbanan yang kita lakukan tidak semestinya datang daripada manusia. Sebaliknya, yang lebih istimewa dan paling penting ialah imbalan yang bakal diperoleh daripada Allah SWT sama ada di dunia mahu pun akhirat.
Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Justeru, sikap saling mengungkit pengorbanan yang dibuat dalam keluarga sama ada oleh suami, isteri mahu pun anakanak bukanlah suatu yang wajar dilakukan. Malah, Islam tidak senang dengan cara sebegitu. Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. etapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?
Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.

Sunday, February 20, 2011

KEMULIAAN SYAHID DI JALAN ALLAH

Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah syahid di jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di jalan dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya.

Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya, maka sama ada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.

Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra sepanjang hayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?

Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai darjat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.

Dari beberapa hadis di bawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.
Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh di jalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis di atas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana mera’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, yang tidak dapat menyertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada juga ke tahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.

Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu di bawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud, “Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid... kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Tuesday, February 8, 2011

GoOd DaY !!!! (^_^) ~

Wednesday, February 2, 2011

Ku Berundue demi ALLAH yg Esa.. hrap engkau mengerti.. ~

Tuesday, February 1, 2011

ku d cucok !!!

Ari nie ku d cucok dgn sntikan yg d nmakan HPV..(gurlz unly) x skit pown.. tp,er, skit laen plak yg mai.. skit pala,skit otot, kebas2 n lnguh2 tgn..huhu.. :(
tp alhamdulillah mseh kuat g utk ke skool esk..hehe.. sye dh kne, KORANG ble lg?????

Friday, January 28, 2011

akn ku ingat saat2 nie slalu. ~

Wednesday, January 19, 2011

LeTiH !!!

Assalamualaikum.. ari nie, sbok ngn aktiviti sukan d skolah.. hurm.. ponat2.. Dh la ltihan bdminton smpai koi 4 ptg. Ps2, kna plak jln kaki p opis ma.. dh la x mkn tnghari..huhu.. (T_T) sdeyhnyaa..
hrap2 terpilih..hehe.. ~ babai !!

Friday, January 14, 2011

baSyAr ... tiNgGaL kEnAngAn

 Basyar hnya tnggal knangan bt kami suma yg m'ngenalinya.. Rindunya !!!!!!! (T_T)

Sunday, January 9, 2011

Assalamualaikum n clam cjahtera bt suma.. :)
ari nie 9/1/2011, x dpt nk p skolah sbb dmam dah 2 ari..huhu..cian2..
hurm, cye mmg akn k'tnggalan ilmu yg akn d ajq ari nie..huhu.. tebang dh msa.. :(
bru je start skolah bru2 nie, then SAKIT plak..huhu..cian kt den..
tapa2, insyaALLAh esk c-hat arr tuh.. ye2..nnti c-hat arr tuh..skjap je lg..(sja x nk bg stress)
eventhough i'm sick, i'm still can smile.. :)
wallahualam... (^_^) ~

Wednesday, December 22, 2010

Dosa-Dosa M'ninggalkan Solat

Solat Subuh
Jika dtnggalkan stu wk2, ALLAH akn m'cmpakkan kdlm api neraka jhannam slama 60 taun.

Solat Zohor
Jika dtnggalkan stu wk2 sperti m'bnuh sribu jiwa mslim.

Solat Asar
JIka dtnggalkan stu wk2, dosanya sperti org yg m'rntuhkan Kaabah.

Solat Maghrib
Jika dtnggalkan stu wk2, dosanya sperti b'zina dgn ibu dan bapanya sndry.

Solat Isyak
Jika dtnggalkan stu wk2, ALLAH akn m'yeru kpd org itu,"Hai org yg m'ninggalkan solat, ak x redha utk kmu idop d dunia nie"..
p/s: PEACE!!!! si kecik dua owg nie.. Kiri: Cha(Dalisya).. Kanan: Ipa(Iffah Huda)..
p/s: Alhamdulillah,akhirnya tlh slamat smpai d airport PP..d sni lah tmpat kitorng b'psah m'ngikot haluan msing2..tu la kitorng b'gmba bt kali t'akhir tuh..huhu.. I'll remembered every bezz moments till the end of my life.. :)
p/s: b'gmba ngan kak dlm flight..alang2 kmera da, take a chance laa..hak3.. smpat lg kan kitorng nie..huhu..tp pa2 pon, that was a great time that we're spended during in the flight..COOL ISN'T IT???
p/s: ha,smpat lg kmi posing dlm rstran nie..(Restoran Melati)b'tntngan je dgn aprtment kitorng.. mknan dy suma sdap2..(suma yg da kt sabah sdap ak nie,ish3)hak3.. pa2 pown mmg time nie 'happening' arr.. smpat lg posing ngan kak ak nie..huhu.. :P
 

p/s: tu diaa!!!! xcited t'lbih tuh..hak3..besa laaa..klu lpaq tu,mmg x ksah dh pa pown..nk ambk gmbq ka,pa ka..mmg x ksah dh klu lpaq sngt..cntohnya: ayh laa..(ha, tp stu bnda je nk gtau korng,mkn jgn lpa bca bismillah,ekk!! PeAcE!!!
p/s: ha, nie lak kitorng gi 'lunch' kt Secrect Recipe.. Sdappp ooo...hak3..(sja nk b'gmba ngn k.rinie bt knangan kt sni)..yelaa, mmndngkan k.rinie dok sblah, so, take a chance..haha.. (^_^) <3
Ini adalah Masjid..........(lpa nma lak) pa yg psti d Sabah. Slah stu masjid terapung d sna. Ukiran2 d msjid nie mmg ckup cmtekk dhiasi plak dgn lmpu2 yg plbgai bntuk yg 'interesting'.. D sni lah kitorng brhnti brehat jap n solat.. 4 me???? this is a wonderful place to visit.. ;)
p/s: Ni time lps hbih shoping kt Cocoa Boutique(Chocolate Factory).. suma cklat dy kt sna,sodap2 belaka... shoping????beli cklat pown pngge shoping kerw???hak3..HeNtAm JeLaaa...hoho.. :P

sAbAh BaHhh!!!

SubhanALLAH.. sngguh indahnya cptaan ALLAH SWT.. Itulah "THE HIGHEST MOUNTAIN IN MALAYSIA...", Gnung Kinabalu yg t'ltak d smnanjng MALAYSIA(Sabah).. (^_^)..